Apa yang mengubah fikiran manusia?

Mengapa western hypnosis atau hipnosis moden tidak lagi menggunakan pendulum bagi memprogramkan fikiran seseorang seperti gambar ini,

hypnosis pendulum

Ramai yang melihat gambar atau sesuatu aksi yang menggunakan jam poket atau pendulum itu beranggapan ia adalah ilmu PUKAU. Sedangkan itu adalah alat bagi mengendalikan fokus seseorang agar mudah memasuki bawah sedarnya untuk diprogram.

Kini, hipnosis tidak lagi perlu bergantung dengan sebarang alat. Cukup dengan komunikasi bawah sedar sahaja. Ya, dengan komunikasi sahaja. Apa pula kaitan komunikasi dan hipnosis pada posting kami kali ini?

Semua manusia mempunyai fikiran dan emosi. Kita semua melakukan sesuatu pasti disebabkan sesuatu yang telah mempengaruhi fikiran kita sehingga merangsang cara kita memilih dan bertindak. Secara ringkas, apa yang mengubah fikiran manusia sebenarnya? menurut pembaca sekalian apa yang sebenarnya mengubah fikiran seseorang itu?

Jawapan kepada persoalan tersebut adalah PERKATAAN.

Perkataan yang dipilih, disusun menjadi sebuah ayat. Kemudian ayat tersebut pasti mempunyai makna tersendiri. Makna ini kemudiannya sampai kepada fikiran diri sendiri atau manusia lainnya. Sekiranya makna tersebut berjaya melepasi penapis fikiran seseorang, ia akan terus ke bahagian fikiran bawah sedar yang akan memproses makna tersebut menjadi sikap atau daya tindak.

Ini adalah sebab utama bagaimana seseorang itu boleh terpengaruh sehingga bertindak atau mempunyai sikap-sikap tertentu. Kerana perkataan yang telah menjadi makna tersendiri masuk dan tersemai pada tanah subur fikiran bawah sedar.

Sekaligus menjawab dengan jelas bahawa betapa pentingnya menguasai seni ayat jualan atau copywriting yang digunakan dalam perniagaan, seni hipnosis atau komunikasi bawah sedar serta lainnya yang berkaitan kehidupan dan potensi manusia dan apabila ia dikuasai, dengan izin-Nya pasti mampu mempengaruhi orang lain untuk bertindak ke arah sepatutnya.

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataanperkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

(Al-Baqarah 2:83)

Insya Allah.

Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Feb 24, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!