Master of Rey

Shahrain Remeli (Master of Rey)

“Kuasa Minda dan Hipnosis untuk Kehidupan, Kerjaya dan Bisnes”

Pengasas & Pengamal ‘H.O.T’ Strategi | Seni Kuasa Rasa | Subconsious Mind Therapy

Beliau adalah Pengasas kepada Master Rey Hypnotherapy. Beliau berkelulusan dalam Science Of Mind Power, Certificate of Level Basic & Intermediate, Reiki Master, Advanced Reiki Training & Healing, NLP, Certified Hypnotist (CH), Certified Hypnotherapist (CHt), Certified Master Hypnotist (CMH), Grand Master Hypnotist (GMH) & Certified Instructor dari IBH.

 Poster

Penulis E-book

Magis Sebuah Fikiran, Kuasa Hipnosis, Seni Buat Wang, 7 Rahsia Terlarang dan banyak lagi. (www.rahsiaminda.com)

 

Pengalaman

Menjalankan program pembangunan diri dan minda secara sepenuh masa, bermula dari tahun 2010 dan telah disertai oleh para ibu bapa, remaja, pelajar, pekerja, peniaga & pengusaha secara kumpulan juga peribadi.

Pengamal Minda Bawah Sedar Spiritual dan Kuantum Penyembuhan dalam bidang Rawatan Alternatif Islam dan telah berkhidmat di Pasir Gudang, Johor. Menjalankan perniagaan bermula dari rumah dan Internet. Memasarkan produk Ikhtiar kesembuhan dan terapi Aura Islamik.

 

Program Anjuran

Antara program yang kami Anjur serta kendalikan;

Subconscious Mind Spiritual (SMS)
Subconsious Mind Therapy (SMT)
Seni Minda Bawah Sedar
Hypnotist Power
Rahsia Memikat Rezeki
Seni Kuasa Rasa

Mendedahkan kepada peserta, mengenai Kekuatan, Kelebihan Kuasa Minda Separa Sedar, serta mendidik peserta ke arah pemikiran positif. Menerangkan berkenaan kepentingan dan faedah dari Kuasa Minda Separa Sedar yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan seharian.

Program kami juga memberikan kesedaran mengenai penggunaan Kuasa Minda Separa Sedar, bahawa kesan penggunaannya sangat hebat dalam mencorak masa hadapan serta kehidupan. Individu yang terdiri dari Pelajar, Pekerja mahupun sebuah syarikat, organisasi perlu melakukan perubahan bukan sahaja dari segi luaran malahan dari segi dalaman iaitu dari cara mereka berfikir termasuk Kerohanian.

Sebuah kejayaan adalah daripada Allah dan ia bermula dari Minda, Niat dan jiwa yang positif. Peserta akan didedahkan dengan Rahsia dan konsep mudah dalam mempercepatkan diri memprogram fikiran bawah sedar untuk sesuatu yang kita ingini juga mengenal potensi Kuasa Doa serta Amalan Kerohanian yang terbukti Ampuh.

Program dan Pelatihan kami mengsinergikan kaedah Quantum Alami, Seni Sains Kuasa Minda, NLP, Hipnosis, Hypno-EFT dan Terapi Psikologi.

Branding Logo

Feb 17, 2015 | Posted by | Comments Off on Master of Rey
Premium Wordpress Themes by Master Rey