Isu Kebocoran Duit

Duit bocor adalah isu duit banyak atau sedikit yang diperoleh entah macam mana, ada je yang membuat duit itu hangus, hilang atau dibelanjakan tak tahu kemana. Rasanya masuk banyak, tahu-tahu keluar pun banyak. Masa tu la kereta nak rosak, orang nak pinjam dan sebagainya secara tanpa sedar atau tanpa dapat dielak.

.

Penyebab besar isu ini adalah pemikiran kita sendiri. Jika kita tidak upgrade atau besarkan ‘balang kewangan’ dalam diri kita, kita susah untuk tampung wang yang diperoleh jika capai had ditetapkan.

.

Contoh, kita sudah setkan bahawa kewangan kita setiap bulan RM800 iaitu gaji yang diperoleh setiap bulan. Memandangkan kos sara hidup sekarang ni tinggi, berhajat untuk tambah lagi pendapatan.

.

Maka, kita pun berniaga atau kerja sampingan. Dapatlah kira-kira RM2,000 sebulan. Tapi malangnya, setiap bulan kita akan terasa ia sama seperti dapat Rm800 shj. Baki akhirnya pun sama macam dapat gaji Rm800 dan kita tak tahu kemana wang kita belanjakan.

.

Kenapa hal begini berlaku?

Ia disebabkan kita telah set had penerimaan wang setiap bulan kita. Jika kita terima wang lebih daripada apa kita set, ia berpotensi untuk terbakar atau bocor begitu saja dan yang tinggal hanyalah tahap yang kita setkan sahaja. Ibarat balang kewangan dalam minda kita Rm800 saja kapasitinya, jika wang dituangkan lebih dalam balang itu, yang lebih itu tak dapat masuk dan melimpah keluar.

.

Macam mana balang kewangan diri boleh disetkan? Sebenarnya tak ramai yang sedar untuk setkannya sendiri, lebih ramai yang ter-set atau disetkan. Seperti gaji bulanan, ia tetap dan jelas. Gaji sudah dimaklumkan oleh majikan setiap bulan secara kasar dapat begini, jika over time pula dapat begini. Jika kita terima, percaya dan selesa, apa yang diset atau disarankan itu melekat dan terpasak di bawah sedar! Jadilah ia nilai kekal dalam diri kita.

.

Apa itu nilai kekal?

Ia adalah data yang telah terpasak ke bawah sedar. Menjadi kepercayaan diri, mempengaruhi sikap dan tindakan kita (kehidupan). Sehingga, kita merasa mustahil untuk hidup senang dan ada pendapatan besar macam orang lain. Sebab kita sendiri sudah hadkan diri hanya layak dan boleh mencapai tahap sekian dan sekian sahaja.

.

Jadi, diri kita sendiri telah diprogramkan, disetkan oleh orang lain apabila kita belum kenal diri atau potensi yang ada pada kita. Manusia itu sebaik-baik kejadian dan dibekalkan pelbagai potensi yang penting untuk diterokai dan dikembangkan. Bukan menunggu ia terpancul sendiri.

.

Hidup jangan selesa sangat. Kerana keadaan inilah kita jadi malas bergerak atau maju sebab sudah terlalu selesa. Orang berjaya selalu belajar untuk keluar dari rasa selesa ini agar ia konsisten melakukan perubahan dan pencapaian dari masa ke semasa.

.

Lelaki ini berkongsi status cara sempoi untuk faham kenapa duit bocor : https://www.facebook.com/MasterReyHipnotist/posts/1764612503759252

DUIT BOCOR – TU SILAP KAU

Bila kau ada duit. Kau boleh je beli apa kau nak. Tapi fikir semula. Apa kau nak atau apa kau perlu?

Bila kau sibuk set dalam minda > beli apa kau nak. Maka..

Duit kau hangus. Sikap kau boros. Lifestyle kau mengalahkan orang berduit. Sebab.. orang yang kaya dan berjaya pun mentalitinya bukan macam tu.

Kemudian kau mengeluh DUIT TAK ADA. Sikit-sikit kau cakap DUIT TAK ADA. Paling best kau cakap kau MISKIN TAK BERDUIT macam orang lain.

Kau sibuk nak bandingkan kau dengan orang lain.

Apa orang pakai. Kau nak pakai.

Apa orang beli kau nak beli juga.

Kau sanggup berhutang. Kau sanggup singkirkan keperluan utama semata nak puaskan nafsu kau beli apa yang tak perlu.

Bila duit tu dimakbulkan betul-betul TAK ADA. Kau marah orang lain. Kau salahkan orang lain. Kau merungut kata Tuhan tak adil.

Kau cakap gaji kau kecik (Eh tahu pula. Tapi belanja mewah bukan main)

What?!

===

Salah satu tanda kita ni bersyukur dengan duit yang ada adalah dengan sedar,

+ Menguruskannya sebaik yang mungkin

+ Mengalirkannya ke tempat yang betul

+ Buat ia boleh berganda

===

Setiap kali dapat duit. Simpan 10% awal-awal untuk kegunaan masa depan. Selebihnya dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian untuk digunakan dengan betul.

Dahulukan yang utama dan perlu. Selebihnya baru buat belanja peribadi. Kalau dah nampak baki tu macam sikit sangat. Tunggu apa lagi..

Buat target nak kena simpan berapa lama dan belajar tundakan dulu hasrat tu. Sampai target nanti kau belilah dengan bahagia.

Senyum, Sabar & Syukur Sentiasa.

.

Gunakan point bermanfaat dalam post ni untuk buat Self Hypnosis atau Self Programming. Rajinkan cakap pada diri,

“Aku Ada Duit Lebih Dari Mencukupi” (bukan sekadar cukup-cukup jer).

Insya-Allah.

* Pesanan ni untuk diri sendiri. Teguran buat diri yang sedang berusaha ni. Kalau korang rasa bermanfaat. Klik je Share.

happy businessman with heap of money

Jul 31, 2016 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey