Peniaga disaran mahir ilmu kebal, pelaris dan pukau?

Peniaga disaran mahir ilmu kebal, pelaris dan pukau? Ini bahaya!

Zaman moden ini kemahiran ilmu tersebut amat penting untuk memastikan peniaga menjadi pemilik bisnes berjaya dan kaya.

Kejap.. ilmu kebal, pelaris dan pukau yang dimaksudkan penulis bukanlah ilmu hitam. Tapi ilmu yang halal serta penting untuk para peniaga, terutamanya mereka yang baru nak mula menapak dalam dunia ini untuk raih pendapatan sampingan atau fulltime secara halal, berkat serta konsisten.

Seorang peniaga mestilah ada ‘ilmu kebal’ yakni pengetahuan bagaimana mengebalkan diri daripada mudah koyak hati dan jiwanya dari tetakan atau pukulan kata-kata orang sekeliling. Buat pekak bukan cara yang betul untuk mengelak daripada tak terpengaruh dengan apa orang lain kata. Ramai dah terkorban. Down tak tentu pasal. Emosi selalu kelaut!

Peniaga juga mesti ada ‘ilmu pelaris’ yakni seni untuk bagaimana kita melariskan jualan dan padu dalam menjalankan pemasaran. Tepat kena pada sasaran dan betul umpannya, bagai gula yang dikerumuni si semut.

Malah, ‘ilmu pukau’ juga antara yang paling banyak digunakan oleh pemilik bisnes sukses. Bukan sembarangan pukau dan bukan pula pukau yang melakukan kerja bodoh hanya untuk mendapatkan keuntungan sekali kemudian merana berkali-kali atas perbuatan jahatnya itu.

Tapi pukau untuk bagaimana berkomunikasi secara efektif terus kepada fikiran bawah sedar pelanggan yang memerlukan atau berminat dengan produk dan khidmat kita. Menguasai dan memahami pelanggan. Tidak perlu memaksa. Tidak pula menabur janji/jaminan palsu tinggi melangit. Namun pelanggan sanggup berikan wang dari poket mereka kepada kita dengan sedar dan bahagia.

Kesenian memahami manusia seperti Hipnosis, NLP dan Psikologi dalam perniagaan dan kewangan penting untuk diketahui oleh para peniaga atau pemilik bisnes untuk membina pengaruh serta meningkatkan hasil dalam perniagaannya, kerana kita berurusan dengan manusia yang mempunyai minda luar biasa.

Seni ini telah dibuka oleh tim Hypnovengers Academy pada tahun 2016. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan info serta perkembangan bermanfaat mendatang.

Malah, kami bakal mendedahkan rahsia utama mengenai bagaimana Hipnosis digunakan dalam perniagaan terutamanya mengenai jualan dan pemasaran. Belum ada mana-mana perniagaan yang tidak menggunakan elemen hipnosis dalam perniagaan.

Hipnosis mempunyai 6 struktur asas atau ‘fundamental’nya yang jika anda ketahui atau pelajari bakal memudahkan anda membaca proses hipnosis yang banyak berlaku dalam kehidupan. Apa lagi dalam perniagaan. Antara 6 struktur itu adalah,

  1. Pre induction
  2. Induction
  3. Deepening
  4. Trance Test / Depth Level Test
  5. Suggestion
  6. Termination

Perbezaan seni Hipnosis dengan hipnosis dalam perniagaan adalah variasi seninya kerana hipnosis yang digunakan dalam tujuan terapi sangat berbeza dengan jika ia digunakan dalam berniaga. Malah, tidak semua ahli atau pengamal Hipnosis itu berniaga! Maka, kami hanya mengumpulkan para hipnotis bertauliah dan yang sudah membangunkan perniagaan, pastinya khas untuk berkongsi seni istimewa ini kepada anda.

Seni ini dapat membantu menyelesaikan masalah menguruskan emosi dan tekanan, program diri dengan cepat, membenteng diri daripada mudah terpengaruh, membuat jualan dan mencapai tahap kewangan dan matlamat hidup dengan lebih bahagia 🙂

Insya-Allah. 

Master Rey
www.hipnotis.my | ‪#‎HypnosisInBusiness‬

 
Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Dec 21, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!