Apa itu Hypnotherapy?

Hypnotherapy adalah salah satu cara atau ikhtiar untuk mengatasi pelbagai bentuk masalah psikologi (Psikoterapi) dengan mengaplikasikan teknik atau seni hipnosis. Apa itu Hipnosis? (lihat disini)

Hypnotherapy juga merupakan teknik yang sangat efektif untuk menjangkau fikiran bawah sedar seseorang, kerana pada umumnya permasalahan psikologi disebabkan oleh memori, pengalaman atau pemahaman yang tertanam dalam fikiran bawah sedar.

Dalam setiap sesi Hypnotherapy diperlukan kerjasama antara klien dengan Hypnotherapist. Oleh itu, Hypnotherapy sangat efektif jika dilakukan atas keinginan dari diri kita sendiri (bukan paksaan).

 

Mekanisme dari hypnotherapy adalah :

    • Mencari penyebab atau akar permasalahan yang tertanam dalam fikiran bawah sedar.
    • Melakukan atau memberikan sudut pandang lain terhadap sebuah permasalahan didalam fikiran bawah sedar.
    • Memberikan saranan, memori atau program baru untuk ditanamkan sehingga dijadikan pemahaman atau nilai baru dalm fikiran bawah sedar, sesuai dengan keinginan atau keperluan klien.

 

Biasanya pada setiap sesi Hypnotherapy, klien akan dibimbing untuk melakukan releksasi terlebih dahulu, kemudian klien akan dibuat “seperti tertidur” (Hypnosis State), kerana dalam kondisi itu fikiran Sedar (Conscious Mind) cenderung tidak aktif dan fikiran bawah sedar (Sub Conscious Mind) sangat terbuka dan sangat aktif, setelah itu barulah teurapetic procedur boleh dilakukan.

Namun perlu diketahui bahawa tidak selamanya sesi hypnotherapy dilakukan ketika klien dalam keadaan “Tidur” (Hypnosis state) kerana dalam kes – kes tertentu, Hypnotherapy dapat dilakukan dalam keadaan mata terbuka (Normal State) atau dalam kata lain Waking Hypnosis.

Tidur dalam Hypnosis State bukan bererti hilang kesedaran atau hilang pengawalan, kerana walaupun klien telah memasuki Hypnosis State, klien masih mampu mengendalikan dirinya. Klien masih boleh mengetahui serta mengingat apa yang terjadi selama sesi hipnotherapy berlangsung.

 

Manfaat mengenai Hypnotherapy :

  • Relaksasi
  • Trauma
  • Phobia
  • Motivasi
  • Ketagihan / Kebiasaan buruk
  • Percaya Diri
  • Sport
  • Stress
  • Insomnia
  • Pengendalian rasa sakit
  • Pengendalian Berat Badan
  • Psikosomatik
  • Permasalahan Seksual
  • dan sebagainya

 

 

 

 
Sertai 'Waiting List' Program KamiDapatkan Info & Promo Program Terkini Kami Menerusi Emel & Sms
Aug 17, 2015 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey
Panduan Self HypnosisLebih 1,000 Org sudah Milikinya!