Kehebatan Doa

Semua orang sedia tahu bahawa Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Senjata adalah gambaran bahawa betapa hebat dan pentingnya Doa kepada kita. Ramai juga yang sering dengar kata-kata kita juga adalah Doa. Tapi tahukah anda, Doa itu bukan sekadar ucapan kata-kata sahaja, malah setiap apa yang kita fikirkan, sangka dan lakukan juga sebahagian daripada Doa.

KEHEBATAN DOA DARI SISI PANDANGAN SEORANG HIPNOTIS

Selama berkecimpung dalam bidang yang ditakuti oleh ramai orang ini (Hipnosis). Apa yang saya sendiri pelajari adalah, ia banyak membantu dan menambah baik lagi tahap keyakinan saya terhadap apa yang disarankan dalam Islam. Secara peribadi juga, saya lebih terdorong untuk lebih bersyukur dan kagum akan bukti kebesaran-Nya.

Saya ingin memanfaatkan sedikit pengetahuan yang ada ini untuk mendorong umat kembali kepada Tuhan. Seronok beribadah dan membina pribadi akhlak yang sepatutnya. Ini antara tujuan besar saya mengembangkan Hipnosis.

Hipnosis menyedarkan saya akan kepentingan menggunakan perkataan yang betul kepada orang yang betul. Sesuai dengan bagaimana ia menerima saranan. Pada awalnya dulu, saya juga tidak tahu apa itu Hipnosis dan meraguinya. Cuma, saya bertindak untuk belajar sendiri dari pakar. Ternyata anggapan tentang Hipnosis adalah ilmu pukau, sihir dan sesat itu salah.

Hipnosis juga hanya berlaku jika ada kerelaan, izin dan persetujuan. Bukan secara paksa. Malah, perkara paling penting sebelum sibuk Hipnosis orang lain adalah kuasai dulu bagaimana menghipnosiskan diri sendiri. Ini hal besar yang ramai orang remehkan!

Menurut saya, memang betul juga kita mestilah kuasai diri sendiri sebelum sibuk nak kuasai orang lain. Begitu juga dalam hidup ni, kalau kita sibuk nak orang lain berubah tapi dalam masa yang sama kita ni cakap tak serupa bikin pun tak boleh juga. Sebab orang menilai diri kita. Ibarat kita suruh orang solat tapi hakikatnya kita tak pernah pun solat. Bagaimana nak jadi contoh ikutan? Anda boleh baca tentang bawah sedar disini dan Hipnosis disini.

Apa yang saya belajar tentang programming diri dan orang lain dalam Hipnosis adalah,

  • SPESIFIK

Maknanya, saranan atau programming yang mahu kita set pada fikiran bawah sedar diri sendiri dan orang lain mestilah spesifik (jelas). Sebagai contoh, seorang ibu menyarankan kepada anaknya untuk mengemas rumah. Tapi, selepas anaknya mengemas, ibunya tak berpuas hati dengan hasil akhirnya. Sebab menurut ibunya, macam tak kemas pun. Maka, berlakulah hal bertentangan seperti pergaduhan kecil dan sebagainya.

Sebenarnya yang silap bukanlah anak itu tapi ibunya kerana tidak menyampaikan saranan dengan jelas. Sebab, lain orang lain makna bagi setiap perkataan. Bagi anak, kemas itu begini. Bagi ibu kemas itu begitu. Anak belajar kemas disekolah atau dengan kawan-kawan lain. Ibu pula ada makna tersendiri tentang kemas.

Apabila saranan diberikan tidak jelas. Maka, hasil tindakan yang lahir juga tidak selari atau tidak jelas.

 

  • TEPAT

Jika saranan atau skrip saranan kita sudah terbaik dan jelas. Isu ke-2 pula adalah soal tidak tepat dalam menyampaikan. Misalnya, kita tidak boleh memberikan saranan kepada orang dengan keadaan marah, emosi, membentak-bentak. Saranan mestilah disampaikan dengan tenang dan senang.

Malah, dalam hipnosis diajarkan tentang ketepatan masa. Untuk programkan diri ada cara dan untuk programkan atau pengaruh orang lain pun ada cara. Tidak diajarkan untuk gopoh atau sembarangan dalam memberikan saranan.

Antara yang menarik adalah kita sedar yang kita sudah berada pada keadaan hipnosis iaitu keadaan yang membolehkan saranan diterima bawah sedar diri kita. Begitu juga jika menghipnosis orang lain. Kita sedar bila orang tu berada pada keadaan yang membuatkan saranan kita diterima.

Apa jadi bila saranan diterima oleh bawah sedar? Ia akan menghasilkan SIKAP dan TINDAKAN. Ya, ini kerja fikiran bawah sedar kita. Contohnya, dalam iklan kita mestilah memberikan nilai produk kita dengan jelas, promosi yang mercik (mengiurkan) dan arahan yang mudah untuk pelanggan bertindak seperti, ‘segera whatsapp kami di xxx’.

Kenapa ada sesetengah orang tak hairan dengan iklan tu dan sesetengah lagi akan terus bertindak untuk whatsapp? Sebab soal ketepatan. Kerana inilah iklan tidak boleh dibuat sekali dua sahaja. Mestilah berterusan! Supaya ia akhirnya terpasak ke bawah sedar orang yang melihatnya. Apabila ia terpasak, orang akan bertindak untuk mendapatkan produk yang di iklankan.

Hanya sebab keadaan pelanggan tidak di zon hipnosis, maka ia menunda tindakannya dan belum berminat. Tapi sekiranya ia berada dalam kondisi hipnosis, ia sangat cepat bertindak. 

 

  • BETUL

Tertip! Tersusun dan mengikut S.O.P! Bersistem! Hipnosis mengajarkan seni bagaimana mempengaruhi atau memprogramkan diri dan orang lain dengan betul. Saranan dah jelas, masa, keadaan atau target pelanggan pun sudah tepat, seterusnya adalah melakukannya dengan cara yang betul.

Misalnya, tidak boleh menggunakan saranan yang menggunakan perkataan ‘JANGAN’ sebab minda tak boleh membaca perkataan tersebut. Tidak boleh memprogramkan saranan yang bertentangan dan negatif, cukup tentang masa hadapan dan positif sahaja. Tidak boleh menyumbatkan saranan yang terlalu sarat dan banyak, cukup ringkas dan jelas sahaja dan sebaiknya fokus 1 isu sahaja untuk setiap sesi programming.

 

  • YAKIN

Setiap apa yang kita lakukan mestilah Yakin. Ini adalah kunci kejayaan bagi apa pun termasuk berdoa. Jika ada keraguan walau sedikit, ia akan menggagalkan proses terbaik. Hipnosis penuh dengan ilmu ‘buat’ atau praktikal. Selama 7 tahun ini, setiap eksperimen yang saya jalankan selalunya berjaya apabila saya Yakin. Macam mana nak Yakin? Pakailah DnarS! Haha gurau..

 

* Hipnosis menekankan soal fokus dan penghayatan. Bukan khayal, leka atau lalai. Sebab ia bakal mengagalkan proses programming. Seorang hipnotis bertugas membimbing dan memandu fokus dan bawah sedar seseorang yang mahu dibantu agar progamming berkesan. 

 

Begitu juga dengan Doa. Ia mestilah jelas dan sebaiknya disampaikan pada waktu yang tepat (waktu makbul doa) dan cara yang betul. Keadaan kita juga tidak boleh dalam keadaan leka dan lalai. Mesti fokus, lemah-lembut, bersunguh dan penuh penghayatan. Tidak boleh membentak atau terjerit-jerit semasa berdoa.

 

Kenapa semasa berdoa mesti spesifik? Bukankah Allah itu Maha mengetahui? Ini antara soalan-soalan yang sering diajukan.

Jawapan saya, ketika kita sedang berdoa ada 2 perkara sedang berlaku.

  1. Kita sedang meminta kepada Allah
    (ini bukan hal mainan. Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan doa kita antara cepat atau lambat sahaja)

  2. Adanya si Bawah Sedar
    (sistem operasi penjana Sikap dan Tindakan yang sentiasa sedar dan peka dengan apa kita ucap atau luahkan. Secara tanpa kita sedari, apa yang kita doakan itu dicerap masuk ke bawah sedar. Berlaku proses yang dinamakan Self Hypnosis (memprogramkan diri sendiri).

 

 

 

Jadi, apa yang diprogramkan masa doa tu? Doa sebut dengan jelas atau banyak mengucapkan perkataan tak sepatutnya seperti mengeluh dan merungut? Jika kita banyak fokus kepada ‘Aku tak nak begini dan begitu’ maka, kita akan dapat hal kita tak nak tu. Lebih baik kita fokus terus pada perkara kita nak semasa berdoa.

Saya diajar soal disiplin dalam berfikir. Sehingga sangat menjaga setiap fikir, sangka dan perkataan yang mahu diucapkan.

 

Salah satu tip untuk bagaimana menangkis kejahatan Hipnotis Jahat adalah dengan Berdoa. Jelas seorang pakar Hipnosis,

Doa itu luar biasa sakti dan tiada apa pun yang dapat menandingi kuasa Doa

Dan.. salah satu tanda DOA kita makbul adalah apabila KITA MULA BERUSAHA / BERTINDAK.

Disini jelas bagi saya apa yang diajarkan dalam hipnosis,

Hipnosis adalah keadaan apabila saranan diterima masuk ke bawah sedar. Apabila saranan mula diterima, sikap dan tindakan akan terhasil secara sedar mahupun tidak.

KEKUATAN DOA

(memetik perkongsian dari sahabat di group Telegram untuk dikongsikan semula)

Do’a tidak selalu mampu mengubah keadaan, tapi Do’a mampu mengubah cara pandang kita.

Do’a tidak selalu mampu mengembalikan mereka yang kita cintai, tapi Do’a mampu memberikan kebahagiaan bagi mereka.

Do’a tidak selalu mampu memperbaiki hati yang hancur, tapi Do’a mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penghiburan.

Do’a tidak selalu mampu mengubah penyesalan masa lalu, tapi Do’a mampu mengubahnya menjadi harapan.

Do’a tidak selalu mampu memenuhi keperluan dan keinginan kita, tapi Do’a mampu memberi jalan untuk kita mencapai keinginan dan keperluan.

Do’a tidak selalu akan langsung harus dijawab, tapi Do’a mampu untuk menguji kesabaran dan ketekunan kita.

Do’a tidak mampu mengulang waktu, tapi Do’a akan mampu membuat kesempatan datang kembali.

Jadi..

Jangan pernah Berhenti Berdo’a. Jangan Berhenti Berharap.. tetaplah Yakin.

Pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat tidak juga terlalu lambat, tapi insya-Allah pertolongan Allah selalu datang di saat yang TEPAT.

Bukankah rintikan air hujan yang jernih pun datang dari awan yang gelap?

Bukankah kita dapat menikmati keindahan pelangi pun dari rintikan hujan kecil?

Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

QS. Al Baqarah : 214
“Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”

Mari kita jemput Takdir Allah melalui usaha dan doá-doa kita.

Mari kita Tegakkan yang fardhu.. hidupkan dengan sunnah..

Berdoa agar Allah berkenan menjaga setiap langkah-langkah kita agar tetap dalam kebaikan. Aamiiin.

SELAMAT MENGAMALKAN, BERSAMA MENJEMPUT REDHA-NYA.

BUKAN DO’A YANG AKAN MEMBERI KITA KESUKSESAN TAPI ALLAH SWT. DO’A HANYALAH MEDIA SAJA PADA KUNCI KETENANGAN

“Aku tahu bahwa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.”

“Aku tahu bahwa kewajibanku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya.”

“Aku yakin Allah memperhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa.”

“Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap bekal untuk menyambutnya.”

ALLAHU AKHBAR

Jul 17, 2016 | Posted by in Blog | 0 comments
Premium Wordpress Themes by Master Rey